Dua hari lagi genap aku jadi penjawat awam selama setahun (1 julai 2013).. Tapi masih
belom ada pape aset lagi.. Bila dah bekerja kita akan tahu tanggungjawab dan apa je
yang kita nak kita kene usahakan sendiri.. xde dah nak mitak tolong sape-sape lagi.
Cukuplah selama ni kau susahkan dorang.. Penat? hmmm.. jangan cakaplah..
kadang-kadang nak je aku berhenti kerja time tu..
"babe.. aku nak pencen sekarangla".. selalu orang akan dengar ayat ni dari aku..hmm
Alhamdulillah.. Setakat ni aku rasa aku dah boleh adapt dengan situasi aku kat
tempat kerja dan macam mana rasa duduk di bandar besar.. Culture shock tu memang ada,
tipu kalau xde kan.. Dan aku sebagai manusia biasa still xleh nak lari kesilapan..
Sampai sekarang masih lagi berusaha untuk tinggalkan semua tu.. Dan bila aku ada masalah
pape aku ada S.. hmm..mungkin hubungan aku dengan S salah satu culture shock..
tapi aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia..
Aku selalu berharap S dekat ngan aku.. Aku tahu disebalik aku perlukan dia,
dia lagi perlukan aku.. Kadang-kadang nak je aku lari untuk pergi jumpa dia time
dia sedih.. Lately dia banyak mengadu masalah dekat aku.. terutama kat tempat
kerja dan keluarga.. Bagi aku mungkin semua tu berat tuk dia tempuh memandang
dia masih muda..
Berharap dan masih lagii berharap supaya semua ni akan ada jalan penyelesaiannya..
Masalah aku dan masalah dia juga.. Allah itu Maha Mendengar sesungguhnya..
Update kali nie aku xtau nak tulis pasal apa.. yang pasti banyak sangat yang aku
fikir sekarang ni.. dan masih belom diluahkan sepenuhnya..
#Selamat berpuasa semua.. harap-harap bertemu Ramadhan kali ni, aku dapat dekatkan
diri dengan Allah dengan lebih dekat lagi.. InsyaAllah :)