Sunday, 29 June 2014

Dua hari lagi genap aku jadi penjawat awam selama setahun (1 julai 2013).. Tapi masih
belom ada pape aset lagi.. Bila dah bekerja kita akan tahu tanggungjawab dan apa je
yang kita nak kita kene usahakan sendiri.. xde dah nak mitak tolong sape-sape lagi.
Cukuplah selama ni kau susahkan dorang.. Penat? hmmm.. jangan cakaplah..
kadang-kadang nak je aku berhenti kerja time tu..
 "babe.. aku nak pencen sekarangla".. selalu orang akan dengar ayat ni dari aku..hmm

Alhamdulillah.. Setakat ni aku rasa aku dah boleh adapt dengan situasi aku kat
tempat kerja dan macam mana rasa duduk di bandar besar.. Culture shock tu memang ada,
tipu kalau xde kan.. Dan aku sebagai manusia biasa still xleh nak lari kesilapan..
Sampai sekarang masih lagi berusaha untuk tinggalkan semua tu.. Dan bila aku ada masalah
pape aku ada S.. hmm..mungkin hubungan aku dengan S salah satu culture shock..
tapi aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia..

Aku selalu berharap S dekat ngan aku.. Aku tahu disebalik aku perlukan dia,
dia lagi perlukan aku.. Kadang-kadang nak je aku lari untuk pergi jumpa dia time
dia sedih.. Lately dia banyak mengadu masalah dekat aku.. terutama kat tempat
kerja dan keluarga.. Bagi aku mungkin semua tu berat tuk dia tempuh memandang
dia masih muda..

Berharap dan masih lagii berharap supaya semua ni akan ada jalan penyelesaiannya..
Masalah aku dan masalah dia juga.. Allah itu Maha Mendengar sesungguhnya..
Update kali nie aku xtau nak tulis pasal apa.. yang pasti banyak sangat yang aku
fikir sekarang ni.. dan masih belom diluahkan sepenuhnya..

#Selamat berpuasa semua.. harap-harap bertemu Ramadhan kali ni, aku dapat dekatkan
diri dengan Allah dengan lebih dekat lagi.. InsyaAllah :)







Saturday, 30 November 2013

Holiday :)

Hari nie aku terajin nak update blog nie tanpa request daripada S(my gf)..
Rajin bebenor aku, padahal aku pon belum abis lepaskan penat aku round2
KL nie.. huhuhu

Semalam hari anniversary aku ngan dia.. Tapi yg bangangnye aku g check in
hotel ngan pompuan lain.. Hahaha.. Tapi pompuan tu bukan orang lain.. Roomate
aku gak.. Dia dapat boucher 3h 2m kat Swiss Garden.. Kitorang apa lagi..
Terus apply cuti. Tapi cuti lam KL ni jelaa.. Sadis bebenor.. Xmampu nak p cuti
lama2 and cuti jauh2.. Cuti dah tinggal sket.

Even holiday ni dalam KL je and sekejap jeaa at least dapat gak kurangkan stress
aku ngan keje.. Yelaa,, baru-baru nie aku sampai menangis-nangis yg teramat sangat.
Sampaikan aku pergi keje pon mata bengkak-bengkak.. Sume orang tanya kenapa
and apa yg jadi kat mata aku ni.. macam-macam aku bagi alasan.. Tapi dorang
memang xpercaya pon.. Dorang cakap "ko xpayahlaa nak membongak.. mata 
ngantuk ngan mata menangis lainlaa babe". Aku mampu tersenyum jeaa. Dalam hati
Tuhan je tahu apa yg aku rasa.

So, aku nak ucapkan bebanyaklaa terima kasih kat roomate aku tu M sebab sudi
bawak aku pergi holiday and jalan2 even dalam KL nie jeaa. huhuhu.. Tapi still
terbayang alangkah bahagia kalau aku dapat holiday dengan S.. Nak-nak sempena
anniversary kitorang nie.. Tapi nak buat macam mana kan.. Dia xdapat nak ikut.

p/s: thanks M.. even stress aku xhilang semua. at least dah kurang.. Bila pikir esok
oncall otak aku jadi jemmmm lagiii.. arghhhhhhhhhh!!!
To S :  Happy anniversary dear.. :) hope awak bahagia dengan sy seadanya.. 





Saturday, 9 November 2013

#PERTEMUAN

Baru je minggu lepas aku pergi jumpa dengan buah hati aku,S.. Memandangkan minngu
lepas ada banyak cuti iaitu sempena Deepavali dan Awal Muharam aku pon apply la
cuti untuk berjumpa dengan dia.. Sebelum aku jumpa dia tu aku cabar dia peluk aku
lepas aku turun jee dari bus tu.. Maklumlaa dia cakap dia rinduuuu aku sangat.. haaa,,
Kalau rindu peluklaa aku terus bila nampak aku keluar dari bus tu.. Dia pulak cakap besar.
kekekeke.. Aku nk tengok je dia buat ke x..hehe

Aku pergi sana,JB dengan bestfriend aku R.. Dia lelaki.. Indian..Kitorang mmg close giler..
Dia balik kg dia of course la sbab nak sambut Deepavali kan.. Mula-mula dia tahu aku
nie lesbian tapi dia xtahu aku dengan sape sekarang.. Masa dalam bus kitorang duduk
sebelah-meyebelah dan terjadi perbualan ni.

R : Sekarang aku tengok ko pegi JB kerap je. Ko buat apa sana?jumpa kawan ke?

Aku : Of course laa.. Bosanlaa duk KL.. stress je manjang..

R : So ko nak lepas stress la kat sana nie?huhu.. Gf ko kat sana kan?Jangan tipu akula
     babe.. Aku dah lama kenal ko..
Tanpa berselindung aku pun terus terang je kat dia.. Sebab dia sorang je yang boleh aku
percaya.. So,lepas ni kalau aku ada pape senang sket aku cerita kat dia
Aku : Yeappp.. Ni haa dia (sambil tunjuk gambar)dah rindu kan.. Kenalaa datang sini
         jumpa dia. 

Sampai je sana, xsabar aku nak tunggu dia peluk.. Dia call aku and aku cakaplaa aku dah
turun dari bus.. Nak g beli tiket balik KL jap.. Otw pegi sana aku dah nampak dia dari
jauh.. Tiba2 member aku pulak call aku.. haishhh.. spoil betol mood.. Lama pulak dia
call aku tuu.. kesian GF aku duk kat tepi bangku je tunggu aku.. Btw, dia xpeluk aku
pun.. Katanya dia segan ngan kawan aku tu.. huhuhu

Sepanjang duk sana, aku dia bawak g jalan2.. ingat nak tengok wayang sama2 tapi
xsempat.. huhuhu.. Macam-macam kitorang buat.. Rinduuu aku kat dia terubat sekejap.
Satu ketika tu aku tenung mata dia time dia bercakap ngan aku.. Tenung lama-lama..
Dia xperasan.. Gerak hati aku bagitau dia masih sayangkan aku.cintakan aku. Macam dulu.
Dia bercakap smbil tersenyum.. Senyuman dia masih sama.. Manis.. 
Senyuman yg boleh buat orang lain terpikat. Aku harap senyuman dia tetap sama walau
aku xde suatu hari nanti.. 

.......................................................................................................

Setiap hari aku bagi hadiah kat dia. Kononnya suprise laa.. And dia suka sangat dengan
sume hadiah aku bagi tu.. Baguslaa.. Aku tahu dia seorang yg pandai menghargai
pemberian barang dari orang. Happy sangat bila dia cakap "thanks syg..baby suka sangattt."
Adussss.. Tengok dia senyum. Buat aku cair lagi kat dia. 
Nasib baik dia dah jadi GF aku dah.hehehe.. 
Thanks jugak awak sebab layan sy dengan penuh kasih sayang awak tu sepanjang
sy duk sana. Walau awak xpandai masak at least awak try :) Makan minum sy sume terjga.
Tinggal suap je awak xbuat,, hehehehe.. 

p/s: sekarang dah start rindu dia dah.. Update blog pon sebab dia jugak. Beriya-iya request.Now, aku nak mandi. ada oncall.. esok pun oncall.. xde life betol weekends aku. stres lagiiiiii..






Wednesday, 23 October 2013

Krikkk kriiikkk kriiikkkk,,,

Well,entry kalli ni aku xtahu nak share pasal apa.. Aku punya entry pon
sebulan sekali.. Blog ni wujud pon mungkin aku saje-saje gedik nak buat 
time bosan kottt.. Sekarang bila dah busy cenggini,, mulaa la tersadai camtu jee..

Tapi aku ada satu benda nak share laaa.. Ada satu staff laki nie kat tempat aku
keje la kan syak aku ni lesbian.. Entah dari mana dia boleh agak pon aku xtahu..
Yeappp.. wallpaper handphone aku tu memang aku letak pict aku ngan awek aku.. 
Tapi alaa.. standardlakan kalau ada pic macam tu.. Bukan aku letak pict girl naked pon..

Pikir punya pikir mungkin cara aku layan girl kot.. Ramai staff perempuan sana 
cakap aku nie macam caring and nice ngan dorang. And 1 more thing bila aku 
bergurau ngan best friend aku yg sama tempat keje tu,, aku bergurau lain macam.. 
Tu kata staff laki tulaa.. Pastu yg xboleh blahhh nyee siap cakap aku ni dominam lagi..
 S#*t!!! Hahahaha.. Lantak ko laa.. Tapi siyes..awek dia punya body perghhhhh..Mantap!
hahaha.. Well, aku pon suka girl yg chubby chubby..seksiiii.. Bagi aku laa kan.. hehe.. 
mana yg rasa chubby tu come to me baby.hahahaha*wekkk! ok..enough!

............................................................................

Sementara ada masa nie aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat kengkawan
sume.. Hari raya ni aku xde feel nak balik kampung.. Dah seminggu raya barulaa aku 
balik kampung aku kat Terengganu nunnn yg jauh amat tu.. Tapi korang sume aku xtahulaa
ada feel ke tak.. Aku bukan apa.. Aku sejak duk KL aku jadi gile keje.. Pantang ada orang
tolak oncall je mesti aku terima.. Bosan kot duk umah.. Nak-nak sebelum nie lappy aku kat
kampung..

Memandangkan aku amik cuti balik kampung aku baru ni,, hujung bulan nie aku kene amik 
cuti lagi. Nie kes nak adil la kannn.. Kalau aku balik kampung aku,, aku mesti kene pergi 
balik kampung Gf aku.. hahahaha.. Cuti aku memang dah sikit dah sekarang..Dah macam 
berbini ramai pulak dah aku rasa sekarang nieee.. Tapi nak buat macam mana.. 2 bulan sekali 
baru boleh jumpa.. Kalau x asyik tertonggeng dalam bilik sorang-sorang laa jawabnyee..

p/s: xsabar nak jumpa dia.. now dah demam rinduuu dahhh.. hope demam kebah sebelum
jumpa ko budak demok..hehehehe.. 






Sunday, 8 September 2013

..SY oh SY..

SY(my gf).. Kenapa laa ko cakap aku nie guna-gunakan
ko haaa?? Tu statement yg paling xmasuk akal tau..

Ada ke patut my GF cakap aku guna-gunakan dia pakai
minyak dagu.. hahahahaha.. Sampai sekarang buat aku rasa
nak gelak jeee dengar ayat merapu dia tu.. adoiiiii..
Aku sayang orang pkai hati laaa bukan pakai minyak dagu..
xpasal-pasal aku kene kacau nanti.. haishhh... mintak jauhhhhh..

................................................................................

Well, arini aku ingat nak tido lama.. Last-last ada staff kat tempat
keje aku tu asyik call aku.. bila tengok screen unknown number la
pulak.. so, aku malas laa nak angkat... terus buat silentkan hp tu..
nasib baik tergerak nak tengok balik hp tu.. dia cakap nak tukar
oncall dia ngan aku.. dia suruh aku buat dia punya esok..
Medical Lab Tech iPad Case
keje aku (ponat berdiri)












Alahaiiiii.. harini pon aku oncall jugak.. penat nyeee buat hari yg
berturut-turut.. Lepas call and explain kat dia situasi aku, aku pon
nak lelap balik.. tapiiiii.. haishhh.. golek sana golek sini.. xboleh nak
tido jugak.. Apalagi pegi dapur, rendam mee and masuk bilik online.
Bosan sial hidup aku kalau cuti.. kalau ada Gf kat tepi syok jugak..
hmmmm..

 p/s: malam ni kene oncall and syg harap bby jangan gatal2 laa ngan
orang lain.. kalau x memang syg dagu2 kan bby laa jawabnya..


Saturday, 7 September 2013

AKU & PEREMPUANPALINGSEKSI

Agak lama aku dah xmenulis.. Aku update blog pon sebab dia..
Kerja yang makin lama makin buat aku bertambah sibuk buat
aku jadi malas nak menulis.. Hmmm.. And nie pon sebab gegedik
aku (SY) tu duk suruh sangat aku update blog.. Katanyee blog 
aku nie dah berhabuk dahhhh.. haishhhh.. macam2 r ko nie..

.........................................................................

Semalam dah genap sebulan berhari raya,, Mana-mana yg dapat
duit raya tu untunglaa kan.. Aku pulak ingatkan dah xdapat dah 
tahun nie memandangkan aku dah keje.. Tapi alhamdullilah,,ada
jugak orang yg baik hati bagi kat aku termasuklaaa 'mak mertua'
aku tu si saidah.. hahhaahahahaha

Tahun nie aku happy sangat dapat sambut bulan Syawal dengan dia.
xsangka pulak dapat jumpa time raya walaupun kitorang jumpa
tah hari ke berapa Syawal dah.. Bayangkanlah dari bulan 7 sampaila
bulan 9 baru dapat jumpa dia.. Time aku jumpa aku nampak dia
sangat-sangat excited.. Aku tahu dia rindu aku. tapi aku pulak buat 
muka macam orang  xde perasaan.. huhuhuhu.. Kesian dia.. Dia ingatkan
aku xrindu dia atau aku dah berubah hati.. Dia selalu pikir yg bukan2..
haishhhh..

..................................................................................

Kesempatan kami berjumpa tu buat aku makin sayang dia.. makin rindu
dia.. sebelum balik aku xtahan sebak and menangis depan dia.. Aku tahu
aku bakal merindu dia sangat2 and entah bila pulak kami dapat jumpa lagi.
Itu yg buat aku xtahan dan menangis tuuu..

Keje aku yg memerlukan aku oncall memang susah nak dapat cuti.. Aku
sekarang dah ada komitmen ngan dia.. kalau aku balik kg aku kat Terangganu,
aku kene jugak cari masa nak jumpa dia kat JB.. haishhhh.. nak buat macam.
Dah aku yg nak kat anak dara orang tu kenapa kan..


Ni laa rupa aku masa jumpa mak mertua aku
baru nie.. Sejuk mata memandanngkan.. hehehe..
sebab tulaaa mak mertua syg..

p/s : Mak mertua aku tu suka tanya aku bab
memasak.. lepas ni aku kene laa belajar memasak
sikit2.. nanti lagi la bertambah syg kot.. ngeee =)

Wednesday, 7 August 2013

RAYA LAGI

SELAMAT HARI RAYA GENG!!!

Dah lama aku x update pape kat blog nie.. Mungkin dah free nanti
aku rajin2 kan diri update blog.. Keje yg berlambak and rasa malas yg
menebal tu buat aku rasa pehhhhhhhh.. tido lagi baik.. aku update pon
sebab nak hilangkan bosan aku jeee.

Sejak balik kg nie aku asyik berkepit ngan makcik aku jee.. maklumla
aku ni PA dia seumur hidup.. even aku dah keje and duk jauh..setiap
kali aku balik jee mesti ada benda dia suruh aku.. Aku kan baik.. follow
jelaaa..

Sebelum aku terlupa tujuan utama aku update kali ni baik aku bgtau awal awal.
Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kat 
sape2 yg penah terasa.. biar xpenah jumpa pon..yg penah jumpa aku lagi la
aku nak mitak maaf.. Aku ni jahat.. Muka suci tapi hati berkarat.. so,aku nak
bersihkan balik karat2 tu

P/S: untuk my debak sayang(SY).. syg nak mitak maaf ZAHIR & BATIN tau.. tapi
yg batin tuuu nk mitak maaf lebih laaa sket..hahahaha.. muaaaahhhh..
- sape nak duit raya dtg umah yeaa.. bank in adalah tidak dibenarkan